Kata-kata di bawah ini ku ambil dari laman web ini: http://insani.tripod.com/kata2.html
Kata Hikmat Adab
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
Kata hikmat Adat
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).
Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).
Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu).
Kata hikmat Adil
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).
Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).
Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).
Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
Kata hikmat Agama
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ).
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).
Kata hikmat Akal.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).
Kata hikmat anak.
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.
( Maksud hadis ).
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.
kata hikmat Bahasa Hati
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)
Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
kata hikmat Baik
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).
Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).
Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.
kata hikmat Bangsa
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).
Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).
Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)
kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)
Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).
Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).
Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).
Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).
Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta).
Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).
Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)
Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).
Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).
Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).
Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).
Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).
Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).
Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).
Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim).
Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka).
Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).
Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.
Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.
Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.
Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.
Kata hikmat Keindahan.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.
Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.
Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.
Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan.
Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.
Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.
Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’
Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.
Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.
Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.
Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
Kata hikmat jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.
Kata hikmat Cita-cita
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.
kata hikmat saudara.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri.
Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan.
Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan
Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara ynag lelaki menjadai pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.
Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.
Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.
Kata hikmat sederhana.
Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.
Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.
Jangan terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.
Kata hikmat senyum dan tawa.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Denagn senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
Kata hikmat Takut
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.
Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.
Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.
Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.
Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.
Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi.
kata hikmat usaha dan kerja.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.
Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.
Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.
Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta.
Penderitaan,kesusaha,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.
Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.(Hadis)
Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik.
Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama.
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis).
Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)
Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)
kata hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamuApbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu.
kata hikmat harta.
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
Jauhilah tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.
Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka)
Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka).
Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.
Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.
Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.
Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.
Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.
Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.
Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.
Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.
Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.
Harta benda amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.
Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.
Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).
Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.
Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
Nombor Indeks (Index Numbers)
-
Poster Tayangan Rancangan DidikTV KPM berkenaan tajuk ini,Bismillah. Di
antara pekej aplikasi sosial yang ditawarkan dalam mata pelajaran Matematik
Tambah...
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan